Wednesday, August 3, 2011

ada beza tak?

*this is to whom it may concern. not you sweetheart, i love you.*

ada beza tak kecik hati dan marah?
ada..
kalau kecik hati, terdiam, simpan sorang2, then teruskan hidup macam biasa,
kalau marah, kalau sebabnye ade depan mate, tegur on the spot, marah, kalau terlampau marah, menangis,lepas tu okay, tak simpan dalam hati..


ada beza tak marah dan marah-marah?
ada..
kalau marah, sekejap je, sound sekali, lepas seminit buat cam biasa, dah boleh ketawa2.
kalau marah-marah, pakej jelingan, carutan dan hentakan2 kaki dan tangan.


ada beza tak marah-marah dan mengamuk?
ada..
kalau marah-marah mulut membebel, tangan jalan sekali.
kalau mengamuk, mati lah kau.


ada beza tak marah dan benci?
ada..
kalau marah, hati masih sayang, bile dah sejuk, mesti rindu.
kalau benci, kau sujud kaki pun belum tentu lupe ape kau dah buat.


ada beza tak kecik hati dan merajuk?
ada..
kalau kecik hati, diam dan menyendiri.
kalau merajuk, mintak kena pujuk.

.............


Hendaklah berfikir dua kali sebelum berbicara, kerana telinga dan lidah hanya satu. Orang bijaksana selalu berlidah di hati, sedangkan orang jahill berhati di lidah. Kerana itu yang berkata, hati, bukan lidah. Orang yang sedang marah yang berkata hatinya bukan lidahnya. Berfikir itu pangkal kemanusian, dan dengan berfikirlah merupakan kelebian manusia dari haiwan.


Keimanan itu membawa manusia bersih hatinya, jinak jiwanya, lemah lembut bicanya, hidup sabar, pemaaf dan baik sangka.

Orang yang sedang marah-marah dan berkata kasar, bererti ia sedang menunjukkan kekasarannya dan kebodohannya.


Bersabda Rasulullah s.a.w.:


“Orang yang paling gagah di antara kamu, ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula, ialah orang yang memberikan maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalas.”


Firman Allah s.w.t.:

“Ambillah sikap pemaaf san suruhlah orang berbuat yang baik-baik, dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu.” (al-A’raf:199)


...........................



aku cepat marah, tapi tak suke marah lame2, nanti boleh jadi dendam, nanti kalau dah jadi benci, kan susah?
minta maaf sume salah silap, if tak suke cara aku, aku maafkan kau, tapi takyah lah cari aku lagi, aku harap kau bahagia.



manje, saya sayang awak selalu. thanks sebab selalu ada and bersabar dengan hot-temper saya. awak kawan baik saya, sampai bile2, insyaAllah.

sekian.

0 comments: