okay last night aku pergi forum baitul muslim yang diadakan di chancellor hall UTP, dianjurkan oleh Rakan Masjid UTP sebagai salah satu event sempena kedatangan bulan Ramadhan, bulan
yang dinanti2kan, insyaAllah :)

poster :)
tengok tajuk pun dah cukup menarik kan? hehe, yelah, aku kan muda lagi, mesti gak kadang2 terfikir pasal kahwin ni, bak kate Haji Hushim tu, sape tak fikir pasal kahwin tu, mesti die gay tak pun biseksual, hehe pandai Pak Haji melawak.
sebenarnya aku tak sempat nak tunggu sampai habis pun forum ni sebab ade kelas Gamelan plak pukul 10-12 tu, sedih :'(
tapi takpe lah aku dah wakilkan kawan baik yang comel2, untuk dengar betul2 so then cite balik kat aku and aku boleh share ape yang best2 kat sini :)
overall, memang semua decision pun ada baik buruk nye, yang penting kita pandai nak amek yang baik tu dan kawal yang buruk tu. tak semestinya kahwin awal ni mendatangkan banyak masalah macam yang selalu orang cakap kan, eleh orang tu cakap je, tah2 die kahwin pun belum, ape daaa.
kesimpulannya,
KELEBIHAN berkahwin awal:
i) lebih fokus dalam pelajaran, sebab dah tak payah risau makwe dah makan belum, makwe tgh buat ape ke, sebab isteri tercinta dah depan mata :) *yang ni paling suke mane tau kalau kahwin terus boleh dapat 4flat ke? perhhhh, hahaha
ii) dapat mengelakkan maksiat dan lebih khusyuk dalam beribadat
iii) membantu dalam ketenangan jiwa dan memupuk kita menjadi remaja yang dewasa dan bertanggungjawab
iv) berdikari dengan merancang ekonomi keluarga
v) boleh mengelakkan fitnah
vi) mengurangkan pergaulan bebas
KEBURUKAN berkahwin awal:
i) kewangan belum kukuh, tapi insyaAllah boleh dibendung jika ibubapa memahami dan pasangan saling memahami
ii) belum cukup matang untuk mengendali masalah.
iii) hilang fokus dalam pelajaran jika terlalu memikirkan masalah duet, sibuk bekerja part time dan sebagainya.
iv) kurang masa berkualiti bersama rakan2, tapi masih boleh jika saling memahami.
okay sebenarnya banyak lagi kalau in detail, tapi kalau rasa macam tak puas2 tidoq, (belum mampu nak bertanggungjawab) hgpa ni bukan saja tak layak untuk kahwin, nak ade gepren pun tak patut, huh.
tapi mungkin ade masyarakat yang tak suke anak2 mereka kahwin awal, gatal benor nampaknye, so Ustaz Kamarul juga mengingatkan bagi golongan tersebut supaya jangan tinggal solat, rajin berpuasa, rajin ke masjid dan kawal perasaan agar tak berlaku perkara2 yang tak diingini.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
sama2 lah kita fikirkan, untuk masa depan kita jugak :)
p/s: doakan aku kahwin cepat2, heheh :p
0 comments:
Post a Comment